kafir harbi vs kafir zimmi

not my intention to post a politics topic…but i think this one worth to read…

extracted from cybertroopers and pemudaenggang

Hanya selepas keputusan rasmi satu demi satu keluar, sebahagian besar orang Melayu Islam akhirnya baru terpana, sesetengahnya ada yg masih sakan gembira kepuasan.
Dalam pada keghairahan sesetengah kita (Pas & PKR) meraikan ‘kejayaan’ menumbangkan UMNO dan BN di 5 negeri dan merayakan ‘kejayaan’ meleburkan penguasaan 2/3 kerusi parlimen BN di Dewan Rakyat, kini jauh disudut hati ramai kalangan penyokong Pas, PKR dan UMNO yg berketurunan Melayu, beragama Islam dan bergelar Bumiputera mula terdetik keraguan, bimbang, menyesal, kesal malah berkecamuk dengan seribu satu perasaan yg sukar digambarkan dengan tepat.
Pada malam keputusan PRU12 diumumkan satu demi satu, penulis bersama abang ipar, bapa saudara dan 3 orang lagi rakan sedang menonton TV3 disebuah gerai makan di Besut (berhampiran rumah nenek isteri penulis) menanti keputusan penuh pilihanraya. Setiap kali keputusan memihak kepada Pas, PKR atau DAP mereka berlima bersorak gembira, manakala penulis hanya tersenyum sambil memberi komen-komen hambar.
Bila keputusan satu demi satu ada yg memihak kepada UMNO/BN, mereka mula menghentam dan mengkritik SPR dan UMNO, tatkala keputusan tidak rasmi tersebar melalui SMS bahawa UMNO/BN kekal di Terengganu mereka makin hangat mencela Idris Jusoh, UMNO dan SPR sebagai pembela pengundi hantu. Itu antara suasana yg masih lekat dalam ingatan penulis.
Apabila keputusan mula menunjukkan DAP hampir pasti memerintah Pulau Penang, Pas menang satu demi satu dan pasti memerintah kembali Kelantan, PKR, DAP dan Pas menang kian banyak kerusi di Perak, Selangor, Pahang dan Kedah, suasana bertukar hangat dengan sorakan gembira ditambah pula pengunjung pro Pas & PKR makin bertambah hampir 10 orang.
Tatkala keputusan kian pasti memihak kepada DAP dan PKR di Penang, sama ada secara sedar atau tidak, penulis tiba-tiba menyebut “kafir harbi”… Tidak pasti terlampau kuat atau perlahan, tetapi suasana yg kecoh ketika itu tiba-tiba senyap sunyi hanya suara TV sahaja yg kedengaran.
Pada masa itu, penulis seakan kembali sedar bila abang ipar dan bapa saudara mencuit tangan penulis. Paling ke kanan, ke kiri, baru penulis sedari semua mata memandang penulis mungkin dengan seribu tanda tanya, marah atau geram kerana penulis mengganggu mood mereka.
Kemudian seingat penulis, 2 atau mungkin 3 orang dari pengunjung di situ mula bersuara seakan tidak berpuas hati… manakala abang ipar penulis bersama seorang rakan bertanya apa yg kafir harbi tu?.. Selang sekitar 1 atau 2 minit, penulis hanya diam membisu, tetapi penulis akui dapat rasakan banyak mata masih memandang mahukan penjelasan walaupun penulis cuba mengawal diri dari meluahkan kerisauan disudut hati dengan cuba membaca keputusan PRU di kaca TV3.
Barangkali, kerana tidak tahan menanti, seorang pakcik datang menepuk bahu penulis dan bertanya siapa “kafir harbi..  siapa kafir harbi”… diikuti beberapa kenalan, pengunjung lain menghampiri mengulangi soalan yg hampir sama.. “siapa kafir harbi,.. apa benda kafir harbi…”
Bapa saudara penulis mencuit kaki penulis dengan hujung kakinya dan bersuara,.. “tu orang tanya tu, jawab la”… Memang berasa sedikit kesal dalam hati kerana seolah-olah dipandang cuba mencemari saat gembira mereka ketika tu. Terasa macam nak ditampar-tampar mulut dan kepala ketika itu.. Entah la..
Penulis akhirnya cuba menyusun kata-kata sebaik dan sesopan mungkin utk mengelakkan abang ipar, bapa saudara dan rakan serta pengunjung-pengunjung di situ dari terasa hati atau mungkin menemplek kembali penulis. Antara yg masih penulis ingat kata-kata yg rasanya ringkas yg keluar dari mulut penulis ketika itu lebihkurang begini, “DAP… kafir harbi pegang Perak, Selangor, Pulau Pinang.. Kafir Harbi… Habis la masa depan kuasa politik orang Melayu sana.. Kerusi demo tu banyak dari PKR dengan Pas.. Habis la…”
Masa itu juga, Pakcik yg menepuk bahu penulis bersuara mungkin membalas balik kata-kata penulis, katanya seakan begini,.. “tu Cina MCA, Gerakan pun kafir, UMNO duk saing (berkawan) jugak”…
Penulis hanya mampu membalas dengan nada perlahan, rasanya jelas pada pendengaran orang lain ketika itu.. “Kafir Zimmi tak pertikai hak orang Islam… ada beza dengan DAP si kafir Harbi suka perlekehkan kemampuan dengan hak orang Melayu Islam”… “Pas menang, PKR menang,.. tapi akhirnya bekerjasama dengan kafir harbi utk bantu tubuh kerajaan DAP di Pulau Pinang”… (masa itu keputusan penuh belum keluar lagi utk Selangor dan Perak)…
Ketika itulah, mula kedengaran suara-suara lain,… “kesian orang Melayu Penang”… “Apa jadi nasib demo tu”… “Kita dah tolong hancurkan lagi orang Melayu di Penang”… “ni 2×5 la, dulu kata Penang UMNO serah ko Cina, lo ni Anwar, Pas serah ko Cina juga, lagi teruk dari Cina MCA”…
Selepas itu, masing-masing bersosek-sosek sama sendiri di meja masing-masing, manakala abang ipar penulis hanya geleng kepala, bapa saudara hisap rokok sambil hembus dan mengeluh, ketika tu jugak sekumpulan anak mudan jentera UMNO berkonvoi meraikan kejayaan UMNO/BN sambil membunyikan hon dan berselang seli laungan “Hidup UMNO, Hidup Melayu”.. Selang beberapa ketika (mungkin 5 minit) kelihatan beberapa anak muda bermotosikal dari arah bertentangan berkonvoi membawa bendera Pas dan PKR, kedengaran pekikan, “UMNO kalah di Pulau Pinang, UMNO kalah banyak di Perak”… “padan muka UMNO”…
Dalam suasana diam dan sepi selepas beberapa saat konvoi Pas hilang, seseorang di 2 meja berselang dari meja penulis bersuara,.. “kita menang… menang sorak jah, DAP juga menang besar”…
Selepas itu penulis meminta diri, beberapa pengunjung dan rakan juga beransur angkat punggung… abang ipar dan bapa saudara penulis masih lagi menonton bersama 2, 3 pengunjung lain.
Esoknya selepas subuh, ketika minum kopi di ruang tamu, abang ipar bersuara, “Selangor pun lingkup”… Penulis hanya mampu mengeleng kepala… Memang parah.. itu saja yg terdetik dalam kepala penulis ketika itu..
Selang beberapa ketika bila penulis masih senyap tak bersuara, abang ipar berkata lagi.. “DAP menang besar juga sana… Nampak gaya betul mung kata PKR, Pas tolong kafir harbi, beraya sakan demo tu”.. Penulis hanya mampu senyum tawar… Tiada guna marah atau kesal dengan gelagat emosi orang Melayu.
(nota: utk makluman, dialog atau kata-kata yg penulis tulis tersebut, kebanyakkannya diungkap dalam dialek kelantan kerana masyarakat di Besut kebanyakkannya  bercakap dalam dialek yg hampir sama dengan orang Kelantan dan mempunyai pertalian saudara yg rapat antara satu sama lain. Tidak semua kata-kata yg ditulis tersebut 100% sama, penulis hanya menulis berdasarkan ingatan penulis, mungkin ada yg penulis tersilap dengar atau lupa, harap maklum)
Teringat penulis sehari sebelum pengundian ketika seharian berjalan-jalan di Bilik Gerakan BN di Kota Bharu, Ketereh, Pasir Puteh dan Jerteh, rata-rata rakan-rakan penulis yg bertugas di sana, secara sosek-sosek mengakui mereka akan undi Pas atau PKR untuk protes Pak Lah dan Khairi habis-habisan kali ini, asasnya kerana nak perbetulkan UMNO, nak baiki supaya UMNO sedar supaya kejutkan Pak Lah jangan terikut nasihat Khairi.. Isu kenaikan mendadak harga minyak 60sen dalam masa setahun dan kenaikan harga barang turut dijadikan asas protes.
Ketika itu penulis hanya mampu mengulangi kata-kata, “jangan bakar kelambu, jangan ikut emosi yg rugi kita orang Melayu”… Tapi, penulis teruk dihentam sehingga satu peringkat di Ketereh misalnya, 5 orang ahli/penyokong UMNO di Bilik Gerakan UMNO berselang seli mengeluarkan hujah kenapa penulis berpihak kepada Pak Lah sedangkan Pak Lah dan Khairi sedang merosakkan perjuangan UMNO.. Penulis ketika itu terpaksa meninggikan suara utk menjelaskan bahawa penulis sama sekali tidak menyokong Pak Lah mahupun Khairi, tetapi penulis juga sama sekali tidak sanggup membantu usaha Pas, PKR dan DAP menghancurkan kuasa politik Melayu Islam yg dimiliki UMNO.
Jika penulis turut serta mengundi pembangkang seperti mereka, bermakna penulis turut meletakkan saham dalam meranapkan kuasa politik Melayu yg dipegang UMNO. Itu pandangan penulis,.. sampai kini penulis sukar menerima hakikat, ramai kalangan ahli dan penyokong setia UMNO lebih sanggup korbankan UMNO secara keseluruhannya demi menyatakan protes pada Pak Lah dan Khairi.
Sukar diakui, namun.. setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.. Mujur barangkali UMNO dan BN masih menguasai sebahagian besar Kerajaan Negeri dan turut kekal memerintah Malaysia… Moga-moga ada kalangan kita di peringkat atas pimpinan UMNO mampu menterjemahkan signal yg terbit dari keputusan PRU12 kali ini utk memperbetulkan kembali UMNO. Ibarat menelan ubat yang pahit namun baik utk melegakan kesihatan.
Tolong sampaikan suara hati rakyat ini kepada Pak Lah dan MT UMNO. Kita harus bersyukur ke hadrat Illahi, kerana kuasaNya lah maka undi protes kali ini walaupun memberi kesan besar dengan kehilangan 5 negeri ke tangan pembangkang, namun Allah s.w.t Maha Kuasa dan Bijaksana bilamana tidak menyeluruhkan kesepakatan undi protes kali ini.. Jika tidak keranaNya maka hanyut dan hancur dan karamlah bahtera UMNO dan BN dilautan politik Malaysia utk selamanya…
Diharapkan kali ini, dengan penuh keinsafan dan kesedaran, penyokong, ahli dan pendokong setia UMNO dapat kembali bersatu tenaga dan fikiran, setidak-tidaknya utk memberi tekanan dan gesaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Pusat dan Pemuda, supaya Pak Lah terbuka hati utk berundur. Tiba masa untuk Pak Lah letak jawatan, tiba masa untuk undi tidak percaya kepada Khairi, tiba masa untuk perbetulkan kembali UMNO ke landasan yg sepatutnya.
Mudah-mudahan, Dato’ Seri Najib, jika ada hikmah dan baiknya naik menjadi Pemangku kemudian Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kelak, akan mampu mengembalikan semula sokongan jitu utk UMNO dan BN. Moga apa yg terjadi alam PRU12 ini menjadi sempadan utk semua, emosi kita biar bertempat, jangan menang sorak kampung tergadai.
Salam Perjuangan Untuk Semua Ahli dan Penyokong UMNO.
nota: hampir seminggu sudah berlalu, para pengundi protes mula menunjukkan tanda kekesalan mereka. rata yang ditemui amat menyesal kerana mengundi mengikut emosi..

8 Comments

Filed under Uncategorized

8 responses to “kafir harbi vs kafir zimmi

  1. OnTheFence

    i’m apolitical and non-bumi. but i’m a muslim. my sentiment is align with yours.
    kita menang sorak, masa depan tergadai.

    wallahualam

  2. ye, biarlah negara kita tergadai oleh pemimpin anak-beranak dan menantu, asalkan org lain tak perintah (yg belum tentu lebih baik atau buruk).

    asalkan khurafat UMNO saja layak memerintah, kita pegang teguh hingga ke mati, tak gitu?

  3. eer, tak cukup tergadai lagi ke tanah melayu sekarang ni?

    cuba ko cerita tanah bandar di mana2 pun skrg ni….

    majoriti milik melayu ke? kat Jerantut, ada lagi ke tanah milik melayu?

    yg pasti, pemimpin UMNO dah jualkan satu-persatu..

    tinggallah melayu cam kite ni, menyalahkan kaum lain kerana kebebalan kite bute hati dan bute perut menyokong pemimpin kesayangan kita kerana asyik dikelabui media mainstream.

  4. beris

    Memang dasar pembangkang terutama PAS apa yang mereka buat semua betul. Bila orang BN melompak ke PR mereka puji, bila orang PR keluar parti mereka keji dengan bermacam2 tohmahan dilemparkan. Mereka rasa mereka lebih Islam dari orang lain. Hukum Allah pula berubah mengikut selera politik mereka.

    Saya berasa gembira sebab BN berkuasa kembali di Perak. Selama ni saya cukup menyampang tengok muka Kafir Harbi tu di belakang MB Nizar. (boneka), seolah-olah mengawal setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh MB. Kepada 28 pemimpin UMNO di Perak diminta berubah sikap dan melakukan reformasi demi survival bangsa melayu.

  5. Yeop Perak

    Nak harap UMNo berubah? Tok sah mimpilah. Makin bertambah teruk adalah. Makin kuat rasuah. Makin berebut nak jadi pemimpin. Maklumlah nmpk RM. Tu yg sanggup pijak memijak tu. Inilah budaya yg dibawa oleh UMNo. Nak kata DAP tu kafir harbi. Apa kurangnya MCA & Gerakan yg bersama Be End tu. Mereka tak penah hina atau tolak Islam ke? Jgn buat2 lupa dengan sejarah. Mereka juga penah menghina Islam. Sebab apa? Sebab mereka tengok UMNo pun sama menghina Islam. Jgn tya sya apa bukti UMNo hina Islam. Anda cari sendiri. Jgn buat2 lupa. Nak kata Nizar boneka. Siapa yg menang lebih byk kerusi di Pulau Pinang pd PRU2004 dulu. UMNo atau Gerakan. Tp kenapa P. Pinang diberikan pd cina Gerakan? Ni soalan yg perlu dijwp oleh org UMNo. Jgn nmpk salah org je. Org2 yg mengikut UMNo ni cuma org bodoh dan org2 yg dah diprogram mcm robot je. Klu berckp mcm kakak tua yg dia sendiri pun x faham apa yg dia ckp. Kita selalu melupakan sejarah, tapi sejarah tidak sedikit pun melupakan kita. Bagi aku UMNo adalah Untuk Melayu No Otak sahaja yg lyk menjadi pengikutnya. Aku memberi pandangan sbg seorg yg bebas dan tidak mengikuti atau menganggotai mana2 parti politik.

  6. jgnjami

    bodo punya umno. kafir harbi dgn zimmi pun tak reti.umno tu islam ka?

  7. ranjau

    Takotkan MELAYU kehilangan KUASA hanya lah retorik APNO. Sebetulnya bukan melayu tapi APNO yg takot kehilangan KUASA PANGKAT dan HARTA jika kalah dan tidak lagi memerintah. Sedangkan semasa Paklah memerintah dan semasa Mahathir memerintah pon MCA MIC pon pernah melakukan seperti ap ayg didakwa oleh penulis terhadap DAP. Tapi mereka diberi kuasa ekonomi asalkan tidak kaco APNO dan ISLAM.. nampaknya pikiran penyokong APNO masih lagi seperti didalam katak hidup dibawah tempurung…

  8. TigerMan

    Kafir zimmi means non-Muslims who live in an Islamic country and rule by Muslim leaders who implement Islamic laws. So kafir zimmi have to pay an amount of money “Jizyah” to the Islamic government to unsure they get protection from being harmed or harassed by Muslims.

    There are no kafir zimmi and kafir harbi in Malaysia. They are simply kafir. This silly claim made by UMNO Malays that DAP is kafir harbi shows how ignorant Malays can be , abusing the religion of Islam.

    Kafir in Malaysia are not considered as zimmis because they do not have to pay “jizyah” to the Malaysian government and Malaysia does not implement Islamic rules …so there is no such status as kafir zimmi and not even kafir harbi.

    Kafir harbi means non-Muslims living in a non-Islamic country that has military power and able to attack a Muslim nation.

    For your information …..some Muslim scholars think that the American military is not kafir harbi. When they attack an Islamic country they are bringing peace and order to the country under the banner of the United Nations.

    Islam endorses world peace , so when the American military enters an Islamic country ….they are bringing peace …then the American military is NOT kafir harbi.

    If you think that America is a kafir harbi country , then tell UMNO to stop sending Malay students there.

Leave a comment