Akhirnya, Parlimen dibubarkan

Dewan Rakyat telah sah dibubarkan, pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum bakal diadakan selewat-lewatnya 20 April ataupun seminggu selepas itu pada 27 April, bergantung kepada kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana menteri mengatakan telah bertemu Yang Di-Pertuan Agong pagi ini dan mendapat perkenan Tuanku untuk membubarkan  Parlimen. Difahamkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan dibubar hari ini dan esok untuk memberi laluan kepada PRU.

DUN Negeri Sembilan telahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu manakala Sarawak telah  mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Pilihan raya terakhir yang berlangsung di dalam negara adalah pada 8 Mac 2008, namun Najib yang memegang tampuk pemerintahan  empat tahun lalu telah mengambil masa agak lama untuk membubar Parlimen kali ini.

“Jika saya perdana menteri, saya sudah pun mengadakan pilihan raya tahun lepas. Semua penantian ini… sebulan, dua bulan, tiga  bulan… ia tidak akan berakhir,” kata mentor Najib dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media  pada 27 Mac lalu.

Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein  yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.

SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam  tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran disetiap DUN yang masih belum dibubarkan.

Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi  parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan  ini.

Sumber juga mendedahan akan terdapat ramai muka baru walaupun Najib selaku pengerusi BN turut dijangka akan mengekalkan beberapa pemimpin veteran untuk kesinambungan, terutamanya mereka memperoleh markah tinggi dalam kad laporan tahunan kerajaan yang telah diumumkannya pada 19 Mac.

Pemimpin negara berusia 59 tahun tersebut yang mana penilaian kelulusan peribadi kekal melebihi 65 peratus telah menjelajah ke  seluruh negara sejak beberapa bulan ini bagi melonjakkan sokongan kepada beliau dan BN pada pilihan raya kali ini.

Beliau juga melaungkan kejayaan program transformasi kerajaan sejak tiga tahun lalu dan memberikan pemberian wang tunai kepada semua  demografik dalam pelbagai bentuk skim bertujuan untuk membantu lima juta keluarga yang berhadapan dengan impak  ekonomi global.

Langkah tersebut telah dikritik sebagai langkah untuk memancing pengundi pada pilihan raya umum yang bakal menjelang,  termasuklah kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakannya sebagai  memberikan makan kepada haiwan untuk mendapatkan sokongan.

Penganalisis menekankan inisiatif dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah  menyumbang kepada perkembangan KDNK negara 6.4 peratus dari setahun ke setahun dalam suku keempat tahun lepas.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya  kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

Pegawai rasmi kerajaan menjangka kerajaan sedia ada akan mendapat majoriti tradisi dua pertiga mereka dengan memenangi  sekurang-kurangnya 160 kerusi walaupun pada masa sama juga PR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin untuk  menang.

Kajian bebas menunjukkan BN mungkin boleh memenangi pilihan raya tetapi tipis dengan memperoleh 117 kerusi berbanding PR  dengan 105 kerusi sahaja.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s