PAS tolak tandatangan ‘Ikrar Integriti TI’

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) sebagai perisytiharan umum mempertahankan integriti dan komitmen membanteras rasuah khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata apa yang lebih penting adalah niat di dalam hati dan bukannya menandatangani ikrar.
 
“Yang penting dalam hati. Kalau tandatangan tapi dalam hati tidak betul, tidak guna juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Treler PAS Negara Kebajikan di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas komitmen yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang menandatangani ikrar tersebut.
 
Difahamkan Najib menandatangani perjanjian itu atas kapasitinya sebagai individu bukannya sebagai Perdana Menteri. 
 
Beliau juga memberi jaminan semua calon BN akan turut menandatangani ikrar itu.
 
Sementara itu, mengulas mengenai treler yang akan digunakan sepanjang tempoh kempen PRU13, Hadi berkata, kos ubah suai treler berkenaan adalah ditanggung oleh ‘rakan-rakan’.
 
Beliau yang enggan mengulas lanjut siapakah ‘rakan-rakan’ itu memberitahu kos tersebut langsung tidak melibatkan wang ahli-ahlinya.
 
“Kosnya melebih RM100,000. Ia ditanggung oleh kawan-kawan. Kawan-kawan belikan.
 
“Duit PAS ada dalam poket ahli-ahli,” katanya.
 
Treler berkenaan akan digunakan untuk siri jelajah PAS seluruh negara bermula di Pendang, Kedah, 23 Februari.
 
 
nota: Hahahaha mmg hamPAS… takut nak sign sebab mmg tiada istilah integriti di kalangan pemimpin PAS.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s