Komunis: Khairy sahut cabaran lawan Mat Sabu di ‘sarang singa’

Gayung bersambut… Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak lengah seminit pun untuk terima jemputan debat antara beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di kubu kuat PAS, Balai Islam Lundang Kelantan.

Menurut Khairy, beliau sudah menerima jemputan dari kerajaan PAS Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islan Lundang.

“Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It’s OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu,” katanya dalam satu mesej di laman sosial twitter pada Ahad.

Khairy sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang yang ramai orang kata ‘Husam kena’ walaupun menang sorak.

Debat itu dijangka akan diadakan hujung bulan ini. Bagaimana pun, penganjur Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sedang berusaha untuk mendapat jawapan dari Mat Sabu.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu. – agendadaily

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s