Bagan Pinang Satu Pengajaran Berguna..Kemenangan Rakyat!!

1. Keputusan bagan pinang sudah diketahui. Mantan MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa menang dengan bergaya. Alhamdulillah…BN menang juga kali ini.

2. Pembangkang mendendangkan isu politik wang Tan Sri Isa di dalam kempen mereka. Mereka menawarkan calon ‘bersih’ berbanding dengan tawaran pembangunan oleh BN.

3. Bila tiba PRK….soal peribadi calon tidak boleh dicampur aduk dengan ideologi dan polisi parti. Calon mewakili parti…agenda parti lebih penting dari agenda calon. Mungkin kekalahan di beberapa PRK sebelum ini atas kesilapan BN yang asyik membangkitkan isu peribadi beberapa org pemimpin PR.

4. PRK bagan pinang juga menyaksikan istilah Jihad Fisabilillah dikeluarkan oleh PAS. Antara kesan Jihad ni berlaku pergaduhan sesama Islam yang sepatutnya tidak berlaku. Dilaporkan juga Kumpulan Jihad ini menggunakan parang dan asid utk mencederakan jentera BN

5. Sekiranya trend mengeluarkan fatwa dan jihad ini berterusan…tidak mustahil ada di antara ahli PAS yang bakal menggunakan senjata lebih berat seperti molokov cocktail di PRK yang ada datang…segalanya mungkin…Jangan terlalu mengikut pemimpin..Jangan taksub…menang dan kalah adat pertandingan…

6. BN pula pada prk kali ini mencalonkan TS Isa sebagai calon. Ramai yang mempertikaikan atas kesalahan politik wang beliau. Kesalahan ini adalah kesalahan parti dan bukan kesalahan jenayah. Harus diingatkan ia merupakan kesalahan parti dan bukan jenayah!

7. Mungkin kekalahan bn di beberapa prk disebabkan kesilapan memilih calon. Yang jelas di Bagan Pinang, calon yang diterima oleh ahli BN dan masyarakat setempat harus diutamakan. Soal peribadi calon selagi bukan kesalahan jenayah syariah atau sivil…boleh diberi keutamaan kedua…kerana sebagai calon…..ideologi dan perjuangan parti harus diutamakan.

8. Akhir kalam, Tahniah buat BN dan TS Isa….please Walk The Talk…dan kepada PAS…jangan terlalu ekstrem…Yg jelas Rakyat Menolak Perjuangan Politik Ekstrem…..Imej PAS tercalar tatkala PKR/DAP masing2 cuba selamat kan diri mereka dari kekalahan ini.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s