cayalah…betul gak cakap ex-lecturer aku…yang mesia memang dah ada plan@blueprint utk projek ni

Hasrat negara bangunkan nuklear mungkin disalah anggap

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Usaha Malaysia membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber bahan api baru bagi menggantikan minyak bakal mengundang rasa tidak senang di kalangan negara-negara maju terutama Amerika Syarikat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani berkata, usaha Malaysia itu akan disalah tafsir dan dianggap negara pengeluar bom nuklear seperti yang berlaku terhadap Iran.

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha-usaha meningkatkan penggunaan teknologi nuklear bagi tempoh 10 tahun akan datang.

“Itu adalah halangan utama yang perlu kita tangani sebelum boleh melaksanakan teknologi nuklear di negara ini.

“Halangan ini bukan sahaja di peringkat antarabangsa, mungkin terdapat golongan tertentu di Malaysia yang akan menghalang usaha negara untuk membangunkan teknologi nuklear,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis merasmikan Perjanjian Kerjasama Serantau & Kursus Latihan Agensi Tenaga Atomik Antarabangsa (IAEA) dan Kursus Latihan Audit Keselamatan Kualiti Teknikal Analitikal Nuklear dekat sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Adnan Khalid dan para delegasi saintis dari beberapa buah negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, kata Mohd. Ruddin, halangan itu mampu diatasi sekiranya rakyat negara ini turut sama menyokong usaha kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Apa yang kita bimbangkan, hasrat kita ini akan disalah angap oleh pihak antarabangsa seperti yang berlaku ke atas negara Iran, biarpun tujuan negara itu membangunkan teknologi nuklear untuk perubatan dan tenaga, namun tujuan tersebut tetap mendapat halangan,’’ kata beliau.

Ujarnya, kerajaan kini amat komited untuk melaksanakan program teknologi nuklear di negara ini yang dianggap sebagai alternatif menggantikan bahan api seperti petroleum dan minyak yang ketika ini lebih mahal.

“Ketika ini, MINT sebagai agensi utama pelaksana program ini sedang giat mengumpul peralatan dan tenaga pakar bagi mengerakkan teknologi nuklear.

“Selepas itu, kajian lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan loji nuklear,’’ katanya.

Kata beliau, penggunaan teknologi nuklear di negara ini bukan lagi isu baru tetapi fungsinya lebih banyak digunakan dalam bidang perubatan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s