keluar gak pertanyaan aku kat utusan 07/06/06

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

MyKid tidak laku di pejabat kerajaan, bank

SEHINGGA hari ini saya masih tertanya-tanya apakah kegunaan MyKid. Jika MyKad adalah Kad Akuan Diri, apa pula definisi MyKid?

Semasa membuat pendaftaran kelahiran anak pertama saya, saya telah diminta untuk datang kembali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengambil MyKid dalam tempoh dua bulan.

Sesudah dua bulan, saya pergi ke pejabat JPN untuk mengambil MyKid anak saya. Sesudah mengambil MyKid, saya terus pergi ke pejabat Tabung Haji untuk membuka akaun anak saya.

Apabila saya menyerahkan MyKid untuk keterangan diri anak saya, pegawai yang bertugas mengatakan MyKid tidak sah untuk digunakan.

Kenyataan pegawai tersebut memang menimbulkan tanda tanya dalam fikiran saya. Sebulan kemudian saya ke pejabat imigresen, perkara yang sama juga berlaku ketika saya memohon pasport antarabangsa untuk anak saya.

Saya memberikan MyKid anak saya sebagai keterangan diri, tetapi malangnya ia tidak laku untuk semua urusan dengan pejabat kerajaan dan bank.

Untuk memastikan MyKid mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain, saya mencuba kad pintar untuk kanak-kanak itu pada dekoder Astro yang turut menyediakan pembaca MyKad.

Saya cuba memasukkan kad MyKid untuk mengetahui data yang tersimpan dalam kad MyKid, malang sekali kad tersebut tidak mengandungi sebaran data.

Persoalannya mengapa kita diwajibkan memohon MyKid sekiranya tiada fungsi dalam kad tersebut. Bukankah ini satu pembaziran untuk kerajaan?

Saya amat berharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan penjelasan lanjut mengenai MyKid.

– YANG INGIN TAHU,

Kuala Lumpur.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s