got an email from a friend..

worth reading …

> WASIAT RASULULLAH S.A.W.

>

> ADAB UZ-ZIFAF

>

> Ahmad telah menceritakan :

> “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari

> Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid

> daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat

> kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

>

> 1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka

> (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh

> kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah

> mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah

> s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas

> kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru

> rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi)

> dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah

> pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini

> pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

>

> 1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”

>

> Saidina Ali r.a bertanya :

> “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

>

> Baginda menjawab :

> “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat

> perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar

> di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat

> anak.”

>

> Saidina Ali r.a bertanya :

> “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan

> semasa minggu pertama perkahwinan).”

>

> Baginda menjawab :

> “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan

> bersih selama-lamanya secara sempurna.

>

> Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan

> menyukarkan kepadanya kelahiran.

>

> Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid

> itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

>

> 2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal

> (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua

> hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan

> sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

>

> 3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor,

> sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana

> jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka

> kepada manusia yang bermata juling.”

>

> 4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya

> jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang

> demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

>

> 5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah

> pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta –

> iaitu anak.”

>

> 6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat

> terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah

> s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan

> yang bersifat benci dan hina.”

>

> 7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca

> Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api

> (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

>

> 8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu

> satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

>

> 9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu

> tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat

> syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu

> akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah

> dan talak.”

>

> 10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara

> berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai,

> jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu

> sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di

> merata-rata tempat.”

>

> 11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil

> Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan

> kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat

> anak baginya kecuali sudah tua.”

>

> 12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam

> ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam

> tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku

> bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

>

> 13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah

> cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya),

> kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya

> kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan

> menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga

> mati.”

>

> 14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon

> kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu

> berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat

> atau seorang ketua yang bengis,”

>

> 15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara

> azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika

> Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang

> menumpahkan darah.”

>

> 16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia

> hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika

> Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang

> yang buta hati dan bakhil tangan.”

>

> 17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada

> pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika

> Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai

> tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

>

> 18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir

> bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika

> Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut

> menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”

>

> 19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat

> terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu

> sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,

> nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim

> dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

>

> 20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng

> maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak

> kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang

> melewati batas.”

>

> 21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam

> kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau

> Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan

> harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran

> : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

>

> 22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu

> keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian

> itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,

> nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

>

> 23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal

> malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia

> menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada

> akhirat.”

>

>

> ANJURAN BERJIMA’

>

> 24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah :

> “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang

> demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak

> dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”

>

> 25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam

> Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua

> anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah

> (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan

> buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

>

> 26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa,

> Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat

> Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada

> ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)

> bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan

> hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan

> mengadu-domba.”

>

> 27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka

> Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana,

> atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

>

> 28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di

> tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak

> yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi

> seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan

> agama dan dunia.”

>

> 29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat

> dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan

> petah.”

>

> 30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat,

> selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,

> masyhor dan alim.”

>

> 31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat

> selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti

> menjadi seorang yang abdal (terkemuka),”

>

> “WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA

> DARI JIBRIL A.S.”…..1*

>

> (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms

> 174.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s