PUNCA BADAN MENJADI LETIH

Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat RMPP yang di muliakan.

Assalamualaikum wbt. Satu diantara perkara yang sering di tanya kepada saya oleh masyarakat dari masa kesemasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi.

Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memilikki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun

awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan

sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah.

Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford

di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu

pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini

sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita.

Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari

bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti

umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai

contohnya.Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam

badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih

walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah

jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon Yang

bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan.

Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita,

kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di

keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita

bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan

lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada

pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi.

Jika rutin ni kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan

ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut

rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan

berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah

dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya

latihan islam.

Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan.

Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih

kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi

rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran.

Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan

manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada

mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.

Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu

sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu.

Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur

lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari,

tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu

sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan

mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada

Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat.

Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara

demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin

tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat,

tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan

di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur

bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang,

tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih.

Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang

lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia

tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah

ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat

sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon

kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita

hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi

golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal

di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara

berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula

kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita

juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah

yang di tuntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s