October 23, 2009
some photos that me n fiz shot during Saudi Arabia National Day Celebration were published in the Ministry of Higher Education of Saudi Arabia website…..
http://my.mohe.gov.sa/Arabic/News/Pages/nationalday_1430.aspx

p/s: too bad…the website in arabic language…so …saya sendiri pun tak tau apa dia tulis…:p
October 21, 2009
last open hse for this year eid..@rumah pakdin…on the eve of my birthday!





October 19, 2009
baru sebentar tadi PM DS Najib telah mengumumkan di Parlimen bahawa bermula tahun 2010…tarikh 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum sempena hari Malaysia…
October 19, 2009
Tq for all happy birthday wishes….
Alhamdulillah….syukur….saya masih bernafas dengan senang hari ini….hari jadi yang bermakna dengan kehadiran ‘ahli’ baru dalam hierarki keluarga saya… = nur kaseh kaisara…..
28 tahun yang paling bermakna setakat ini….banyak pengalaman yang lalui…sama ada boring/bes/pahit/manis…..
Terima Kasih Allah…saya bangga menjadi diri saya!!
October 14, 2009
Syabas!!…ucapan dasar ketua pemuda yang penuh dengan pengisian di dalam mentransformasikan UMNO. sudah lama tidak kedengaran ucapan yang sebegini dari seorang ketua pemuda Malaysia…Ucapan dasar yang inklusif ini merupakan ucapan yang perlu diselami oleh seluruh barisan pemuda di dalam usaha meremajakan UMNO…
October 12, 2009
1. Keputusan bagan pinang sudah diketahui. Mantan MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa menang dengan bergaya. Alhamdulillah…BN menang juga kali ini.
2. Pembangkang mendendangkan isu politik wang Tan Sri Isa di dalam kempen mereka. Mereka menawarkan calon ‘bersih’ berbanding dengan tawaran pembangunan oleh BN.
3. Bila tiba PRK….soal peribadi calon tidak boleh dicampur aduk dengan ideologi dan polisi parti. Calon mewakili parti…agenda parti lebih penting dari agenda calon. Mungkin kekalahan di beberapa PRK sebelum ini atas kesilapan BN yang asyik membangkitkan isu peribadi beberapa org pemimpin PR.
4. PRK bagan pinang juga menyaksikan istilah Jihad Fisabilillah dikeluarkan oleh PAS. Antara kesan Jihad ni berlaku pergaduhan sesama Islam yang sepatutnya tidak berlaku. Dilaporkan juga Kumpulan Jihad ini menggunakan parang dan asid utk mencederakan jentera BN
5. Sekiranya trend mengeluarkan fatwa dan jihad ini berterusan…tidak mustahil ada di antara ahli PAS yang bakal menggunakan senjata lebih berat seperti molokov cocktail di PRK yang ada datang…segalanya mungkin…Jangan terlalu mengikut pemimpin..Jangan taksub…menang dan kalah adat pertandingan…
6. BN pula pada prk kali ini mencalonkan TS Isa sebagai calon. Ramai yang mempertikaikan atas kesalahan politik wang beliau. Kesalahan ini adalah kesalahan parti dan bukan kesalahan jenayah. Harus diingatkan ia merupakan kesalahan parti dan bukan jenayah!
7. Mungkin kekalahan bn di beberapa prk disebabkan kesilapan memilih calon. Yang jelas di Bagan Pinang, calon yang diterima oleh ahli BN dan masyarakat setempat harus diutamakan. Soal peribadi calon selagi bukan kesalahan jenayah syariah atau sivil…boleh diberi keutamaan kedua…kerana sebagai calon…..ideologi dan perjuangan parti harus diutamakan.
8. Akhir kalam, Tahniah buat BN dan TS Isa….please Walk The Talk…dan kepada PAS…jangan terlalu ekstrem…Yg jelas Rakyat Menolak Perjuangan Politik Ekstrem…..Imej PAS tercalar tatkala PKR/DAP masing2 cuba selamat kan diri mereka dari kekalahan ini.
October 11, 2009
Alhamdulillah…
Bagan Pinang latest BN 8013; PAS 2578; Majority 5434. Spoit 222; Some 350 votes not counted #fb
October 8, 2009
raya almost done..
haikal celebrated his very special first birthday bash….
bought 2nd house….next to mom’s house…
convo somewhere next month…
September 18, 2009
“Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: ayat 185)